Penjual Membuka Pra-Tempahan Huawei MediaPad M5 – Menandakan Ia Berharga RM1499

Penjual Membuka Pra-Tempahan Huawei MediaPad M5 – Menandakan Ia Berharga RM1499

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Huawei sedia memberikan petanda yang mana mereka bakal hadir dengan Huawei MediaPad M5 untuk pasaran tempatan. Huawei menjadualkan pengenalannya secara rasmi dalam beberapa hari lagi – tetapi seperti biasa, penjual tempatan kini telah hadir dengan gambar acah serta memperlihatkan harga jualannya.

MediaPad M5

Daripada perkongsian ThunderMatch, Huawei MediaPad M5 ini dilihat akan dijual pada harga RM1499 untuk pasaran tempatan. Huawei dilihat memfokuskan kepada sokongan permainan video melaluinya, dan ia turut hadir dengan ganjaran percuma berbentuk alat kawalan permainan nirwayar.

Variasi model yang akan ditawarkan masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan harga yang dipaparkan ini adalah untuk model MediaPad M5 8.4. Model ini hadir dengan cip Kirin 960, sekaligus menjadikan ia berkuasa dan sesuai untuk pelbagai jenis permua di pasaran.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 Julai ini untuk mengetahui harga jualan rasminya.


TIPS & ULASAN