Mod Incognito Pada YouTube Kini Diaktifkan Untuk Pengguna Android

Mod Incognito Pada YouTube Kini Diaktifkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

YouTube menggunakan algoritma bagi memberikan saranan video dan saluran yang mungkin menarik minat penonton. Tetapi kami yakin kadang kala anda menonton video yang langsung tidak memenuhi citarasa tetapi YouTube kemudian memberikan saranan berdasarkan video ini. Pada Mei yang lalu mod Incognito diuji oleh YouTube bagi mengelakkan video yang ditonton muncul dalam sejarah tontonan. Hari ini mod ini akhirnya diaktifkan untuk pengguna Android.

Dengan menggunakan Incognito Mode pada YouTube ini, ia sekaligus tidak menyimpan sejarah video yang ditonton, dan juga carian anda pada perkhidmatan video berkenaan. YouTube sering menyimpan data berkenaan pada akaun anda bagi membolehkan cadangan video yang menarik minat anda dipaparkan sepanjang masa. Secara kasarnya, ciri ini menawarkan fungsi seumpama anda tidak log masuk ke akaun YouTube.

Untuk mengakses mod ini anda hanya perlu menekan ikon avatar akaun anda. Sebuah senarai pilihan kemudian akan muncul. Di baris ke-empat terdapat pilihan untuk mod Incognito. Selepas ini anda boleh menonton sebanyak mungkin video Haqiem Rusli dan Aiman Tino tanpa meninggalkan sebarang bukti. Untuk kembali kepada mod tontonan biasa, tekan semula ikon Incognito pada bucu atas kanan aplikasi.


TIPS & ULASAN