Carian
Huawei TalkBand B5 Bakal Dilancarkan Pada 18 Julai 2018
July 10, 2018 Fahim Zahar

Huawei TalkBand adalah gelang penjejak kesihatan yang turut berfungsi sebagai set fon telinga nirwayar. Model terbaru iaitu TalkBand B5 yang tertiris baru-baru ini kini diumumkan secara rasmi oleh Huawei.

Huawei mengumumkan pelancaran TalkBand B5 ini melalui laman Weibo rasmi mereka. Menurut poster acah, ia akan dilancarkan pada 18 Julai 2018.

Talkband B5 mungkin akan hadir dengan pilihan tali jam premium seperti gabungan logam dan kulit. Selain itu, ia mungkin akan mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Talkband terdahulu – dengan fungsi penjejak kesihatan, membuat panggilan, menerima notifikasi, sokongan perlindungan air dan debu IP67 dan juga berfungsi sebagai fon telinga.

Komen