Skrin Utama Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note 8 Kini Menyokong Orientasi Mendatar

Skrin Utama Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note 8 Kini Menyokong Orientasi Mendatar

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 dan S9+ kedua-duanya mempunyai satu fungsi yang membolehkan skrin utama (home screen) digunakan pada orientasi mendatar. Ini memudahkan proses menonton video dan ketika peranti disambung pada cagak di dalam kenderaan. Fungsi ini akhirnya disokong pada Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 selepas ia menerima kemaskini ke Samsung Experience 9.

Untuk mengaktifkan mod ini tekan skrin utama bagi membuka tetapan skrin utama. Tekan ikon Home Screen Settings dan tatal ke bawah sehingga bertemu pilihan Portrait Mode Only. Matikan tetapan ini dan kini skrin utama akan berputar bagi menyokong orientasi mendatar. Setakat ini kami sedari ia hanya boleh diaktifkan pada Galaxy Note 8 tetapi tidak pula pada Galaxy S8+ yang kami miliki. Terdapat laporan ini mungkin kerana Samsung mengaktifkan mod ini secara berperingkat.


TIPS & ULASAN