Nikon merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena kamera. Hari ini, mereka telah hadir dengan sebuah kamera baru, dinamakan Nikon Coolpix P1000.
Kamera kompak terbaru ini menawarkan kebolehan zoom terbesar daripada Nikon setakat ini, iaitu zoom optikal sehingga 125x. Nikon menjayakan sokongan ini melalui penggunaan lensa 24-3000mm f2.8-8.
Nikon Coolpix P1000 ini turut hadir dengan sensor 16-megapixel BSI CMOS 1/2.30inci. Kamera ini turut membawakan kebolehan rakaman RAW, dan rakaman video 4K UHD, dan sebuah panel paparan OLED.
Nikon juga menyokong input audio melalui mirofon nirwayar ke kamera Coolpix P100 ini. Kamera ini turut hadir dengan sokongan WiFi dan Bluetooh terbina bagi memudahkan kawalan melalui peranti mudah-alih.
Nikon bakal menjual kamera dengan sokongan zoom optikal 125x ini bermula bulan September kelak, pada harga bermula $999, iaitu sekitar RM4008.