Snapchat Bekerjasama Dengan Amazon Untuk Fungsi Carian Menggunakan Kamera

Snapchat Bekerjasama Dengan Amazon Untuk Fungsi Carian Menggunakan Kamera

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Sejak Google mempopularkan Google Lens, iaitu perkhidmatan carian pintar yang menggunakan kamera peranti – ramai syarikat mula mengikuti jejak langkah mereka ini. Xiaomi dengan Mi Lens atau juga Microsoft dengan kemaskini baru Bing. Snapchat turut mempunyai ciri ini – lebih menarik, fungsi pada Snapchat ini dibantu oleh Amazon.

Projek Snapchat yang dinamakan “Eagle” ini sudah pun dibina dan kod binaan terdapat dalam aplikasi Snapchat ini diberi nama “Visual Search”. Fungsi ini akan membenarkan pengguna menggunakan kamera melalui aplikasi Snapchat dan membuat carian muzik, objek atau juga gambar melalui Amazon. Snapchat turut bekerjasama dengan Shazam untuk  carian muzik.

Bila fungsi ini akan hadir masih belum diketahui, tetapi fungsi ini agak menarik dan memudahkan pengguna. Ini mungkin adalah langkah Snapchat untuk menarik hati pengguna kembali selepas mengalami banyak masalah sebelum ini.


TIPS & ULASAN