Cari @ Amanz

Pemproses Exynos 9820 sedang dibangunkan untuk kegunaan Samsung Galaxy S10. Peranti ini mungkin hadir dalam tiga versi dengan versi paling premium dilengkapi panca kamera. Sebuah lagi ura-ura mula didengari hari ini berkenaan pemproses Exynos 9820 dari peniris maklumat terkemuka Ice Universe. Cip pemproses terkini ini dikatakan akan menggunakan GPU Mali-G76 MP18

GPU Mali-G76 MP18 ini dilengkapi 18 teras dan baru sahaja diumumkan oleh pihak ARM pada awal Jun yang lalu. Ia menjanjikan peningkatan 30% kuasa memproses dan 30% penjimatan kuasa berbanding Mali G72 yang digunakan pada Exynos 9810 dan Kirin 970. Ia juga menunjukkan peningkatan sehingga 2.7 kali untuk pembelajaran mesin dan 1.5 untuk permua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd