Google Pay adalah platform pembayaran daripada Google. Ia adalah platform di mana segala kad kredit/debit, pelan telekomunikasi atau dompet digital didaftarkan untuk pembayaran-pembayaran perkhidmatan atau belian daripada Google.
Sejajar dengan antaramuka baru GMail, Google Drive, Google Maps atau yang sebelum ini dinamakan sebagai Material Design 2.0 – Google turut mengemaskini halaman Google Pay. Halaman Google Pay ini kini mempunyai antaramuka yang selari dengan perkhidmatan Google yang lain.
Kemaskini antaramuka ini mula dieadarkan oleh Google hari ini secara berperingkat. Jadi jika anda ingin lihat kemaskini ini, log masuk akaun Google anda dan layari laman Google Pay.
- Layari: Laman Google Pay Di Sini