Carian
Huawei Nova 3 Turut Disahkan Bakal Dilancarkan Pada 18 Julai
July 10, 2018 Aman

Huawei Nova 3 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai – apatah lagi dengan beberapa ketirisan sebelum ini. Hari ini, pihak Huawei hadir dengan gambar acah terbaru, sekaligus mengesahkan yang mana telefon pintar ini bakal dilancarkan pada 18 Julai kelak.

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3 dilihat akan hadir dengan dwi-kamera belakang, selain menggunakan rekaan skrin bertakuk dihadapan. Mengikut beberapa info tertiris sebelum ini, ia dikatakan mungkin akan hadir dengan cip Kirin 970, selain menggunakan memori sehingga 6GB RAM.

Huawei juga sebelum ini telah memperlihatkan ia akan menggunakan kamera 24-megapixel, selain turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan pada bahagian aplikasi kamera.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 18 Julai ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal dibawakan oleh Huawei melalui Nova 3. Selain telefon pintar, Huawei juga dijangka memperkenalkan gelang tangan pintar TalkBand B5 pada tarikh sama.

Komen