Cari @ Amanz

HMD Global atau Nokia Mobile kini dilihat dalam perancangan memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru untuk pasaran China, dinamakan sebagai Nokia X5.

Nokia X5

Telefon pintar ini diperkatakan mungkin dikenali pada peringkat global dibawah nama Nokia 5.1 Plus. Mengikut trend peranti terkini, telefon pintar ini turut menyertakan skrin bertakuk, selain dwi-kamera pada bahagian belakang.

Menurut desas-desus juga, Nokia X5 ini dikatakan mungkin dijana cip MediaTek Helio P60.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya di China esok untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd