Harga Jualan Huawei Mate 10 Pro Dikemaskini – Kini Berharga RM2699

Harga Jualan Huawei Mate 10 Pro Dikemaskini – Kini Berharga RM2699

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga Huawei Mate 10 Pro sebanyak RM400, sekaligus mengurangkan harga peranti berkenaan daripada RM3099 kepada RM2699.

Huawei Mate 10 Pro hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan 1080×2160 pixel, dilengkapi cip Kirin 970, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah gabungan dwi-lensa belakang 20MP + 12MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei Mate 10 Pro ini daripada para penjual peranti Huawei berdekatan pada harga RM2699.


TIPS & ULASAN