Samsung Mendaftar Tanda Dagang Untuk Samsung Galaxy Watch

Samsung Mendaftar Tanda Dagang Untuk Samsung Galaxy Watch

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Beberapa laporan sebelum ini telah memperkatakan yang mana Samsung mungkin menggunakan nama Galaxy Watch pada jam tangan pintar akan datang mereka – menggantikan penggunaan nama Gear S4. Langkah ini juga dikatakan selari dengan penggunaan Wear OS pada jam tangan pintar berkenaan.

Samsung Galaxy Watch

Terkini, melalui penemuan baru, ia dilihat Samsung telah pun mendaftarkan logo Samsung Galaxy Watch di Korea Selatan. Hal ini sekaligus seperti memperkukuhkan lagi desas-desus pengenalan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch.

Pada masa yang sama, terdapat spekulasi yang turut mengatakan Samsung sekadar menggunakan penjenamaan popular “Galaxy” pada jam tangan pintar berkenaan, tetapi mungkin kekal menggunakan sistem operasi Tizen seperti pada jam tangan pintar mereka sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan memperkenalkan jam tangan pintar ini pada acara pengenalan Note 9 kelak – atau akan mengadakan acara khas pada IFA 2018 di bulan September kelak.


TIPS & ULASAN