Netflix Smart Downloads Akan Memuat-Turun Episod Seterusnya Untuk Ditonton Secara Automatik

Netflix Smart Downloads Akan Memuat-Turun Episod Seterusnya Untuk Ditonton Secara Automatik

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Netflix sedia menawarkan sokongan muat-turun sesuatu siri-TV atau filem untuk ditonton secara luar-talian menggunakan aplikasi Android atau iOS. Hari ini, menambah-baik ciri muat-turun berkenaan, Netflix hadir dengan sebuah ciri baru dinamakan Smart Downloads.

Ditawarkan untuk pengguna Android terlebih dahulu, ia berfungsi secara pintar – dimana ia akan memuat-turun sesuatu episod seterusnya secara automatik apabila anda selesai menonton episod sebelumnya. Malah, ia akan membantu anda memadam episod yang telah anda tonton untuk menjimatkan ruangan storan anda.

Fungsi ini hanya akan berfungsi apabila pengguna menghubungkan peranti ke rangkaian WiFi sahaja – sekaligus menjimatkan penggunaan pelan data anda.

Seperti biasa, Smart Downloads ditawarkan dalam bentuk pilihan, dan boleh dimatikan melalui halaman tetapan.


TIPS & ULASAN