Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk seseorang bertanyakan soalan, dan anda menjawab pertanyaan berkenaan dengan mudah. Kini, Instagram turut mengintegrasikan ciri lebih kurang sama melalui apa yang dipanggil Questions Sticker.

Instagram Questions Sticker

Melalui sokongan baru ini, ia membolehkan seseorang pengguna menambah Questions Sticker pada perkongsian Stories. Seterusnya, rakan-rakan anda yang lain boleh menghantar soalan mereka, dan anda pula boleh menjawabnya.

Seseorang pengguna boleh melihat siapakah yang bertanyakan soalan, dan ia bukannya berfungsi dalam bentuk awanama seperti beberapa perkhidmatan lain. Setiap jawapan juga akan dikongsikan terus ke Stories – namun, nama pengguna yang bertanyakan soalan berkenaan akan disembunyikan daripada paparan kepada umum.

Bagi anda yang menggunakan Instagram Stories, boleh mencuba ciri baru ini hari ini melalui aplikasi Android dan iOS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd