Huawei Mendaftarkan Tanda Dagang Nama Mate 20 Hingga Mate 90

Huawei Mendaftarkan Tanda Dagang Nama Mate 20 Hingga Mate 90

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Misteri penggunaan nama peranti keluarga Huawei Mate seterusnya mungkin telah terjawab setelah Huawei mendaftarkan tanda dagang beberapa nama menerusi EUIPO. Berdasarkan dokumen yang difailkan, besar kemungkinan peranti Mate seterusnya ialah Mate 20. Ini adalah selari dengan sistem penamaan peranti Huawei P yang melangkau terus ke P20 tahun ini.

Tetapi pada waktu yang sama Huawei turut mendaftarkan tanda dagang nama Mate 30, 40, 50, 60,70.80 dan 90. Mungkin selepas ini boleh diramalkan peranti Huawei P30 pula akan dilancarkan pada tahun hadapan. Melangkau nombor dalam penamaan ini bukan perkara baru dan turut dilakukan oleh Oppo dan Samsung.


TIPS & ULASAN