Samsung Galaxy A8 (2018) Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Samsung Galaxy A8 (2018) Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Samsung Galaxy A8 dan A8+ (2018) memasuki pasaran Malaysia pada awal Januari yang lalu. Ketika dilancarkan ia masih lagi menggunakan Android 7.1.1. Setelah hampir setengah tahun di pasaran Malaysia, ia akhirnya mula menerima kemaskini ke Android Oreo 8.0.

Kemaskini secara OTA dilaporkan diterima pengguna di Rusia,Uzbekistan, Kazakhstan dan Ukraine pada penghujung minggu lalu. Antaramuka peranti turut dikemaskini ke Samsung Experience 9.5. Peranti kini turut mempunyai sokongan audio Dolby ATMOS dan antaramuka kamera yang sama seperti yang ditemui pada Galaxy S9.


TIPS & ULASAN