Cari @ Amanz

WPS iaitu “WiFi Protected Setup” adalah fungsi yang memudahkan pengguna untuk membuat penyambungan Internet. Pengguna hanya perlu menekan butang WPS pada modem dan peranti yang menyokong fungsi akan terus disambungkan pada Internet tanpa sebarang kata laluan. Android versi terbaru iaitu Android P, membuang fungsi ini.

WPS suport has been deprecated from Client mode and this method will immediately triggerWifiManager.WpsCallback.onFailed(int) with a generic error.

Barisan kod di atas menunjukkan fungsi WPS yang tidak berjaya digunakan. Pada mulanya, seorang pengguna Android P sedang mencuba fungsi ini tetapi tidak berjaya. Laporan dibuat kepada Google Issue Tracker – ia disahkan bahawa Android P tidak menyertakan fungsi ini. Ini bermakna pengguna kini tidak lagi boleh menggunakan WPS tetapi memerlukan kata laluan untuk menggunakan Internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd