Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 6X dilancarkan di China pada penghujung bulan April yang lalu. Peranti dengan rekaan skrin 18:9 dan pemproses Snapdragon 660 pertengahan ini dipercayai akan dilancarkan semula sebagai Mi A2 dalam masa terdekat. Semalam peranti ini telah melepasi pengesahan Sirim sekaligus menandakan pelancarannya berkemungkinan besar akan berlaku dalam masa terdekat.

Melalui laman semakan Sirim, M1804D2SG  disenaraikan. Ini ialah nama model untuk Mi 6X tetapi memandangkan Mi 5X dilancarkan di Malaysia sebagai Mi A1, bolehlah diramalkan M1804D2SG akan dilancarkan sebagai Mi A2 di Malaysia.

Turut melepasi pengesahan Sirim ialah peranti M1804C3CG. Ini adalah peranti yang masih lagi tidak diketahui identitinya. Beberapa bulan yang lalu peranti dengan model yang sama melepasi pengesahan FCC dan Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd