Telefon Dengan Fokus Terhadap Rantaian-Blok Daripada HTC Akan Hadir Pada Tahun Ini
HTC

Telefon Dengan Fokus Terhadap Rantaian-Blok Daripada HTC Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

HTC telah diperkatakan bakal hadir dengan sebuah telefon pintar memfokuskan rantaian-blok (blockchain) sebelum ini, dan kini ia sekali lagi disahkan yang mana telefon pintar berkenaan akan hadir tahun ini.

Dinamakan sebagai Exodus, ia bakal menjadi salah satu telefon pintar Android dengan integrasi teknologi rantaian-blok. HTC dijangka memperkenalkannya sekitar suku ketiga 2018 ini.

HTC Exodus

Pengumuman ini hadir selepas pelbagai teka-teki berkenaan syarikat pengeluar peranti berkenaan yang dilihat mengalami kerugian – dan telah menghentikan sekitar 1500 pekerja baru-baru ini.

HTC juga telah mengumumkan kerjasama dengan CryptoKitties, salah satu permainan popular berasaskan rantaian-blok, dan akan menyertakan permua berkenaan pada beberapa telefon pintar mereka.

HTC dijangka berkongsi lanjut mengenai telefon pintar ini dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN