ShutterGrip Menambah Butang Kamera Fizikal Pada Telefon Pintar

ShutterGrip Menambah Butang Kamera Fizikal Pada Telefon Pintar

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Telefon pintar adalah penyebab utama mengapa kamera kompak kini semakin menghampiri kepupusan. Lebih banyak gambar dapat diambil dan dikongsi terus ke platform media sosial pilihan menggunakan telefon pintar. Kualiti gambar yang diambil telefon pintar juga kini cukup baik untuk menggantikan kamera kompak. Tetapi bagi mereka yang merindukan butang kamera fizikal. ShutterGrip ialah aksesori untuk anda.

ShutterGrip boleh dipasang pada bahagian belakang telefon pintar. Angkup boleh larasnya menggenggam tubuh peranti dengan ketat memastikan ia tidak tertanggal dengan mudah. Melalui tambahan Bluetooth, butang pengatup fizikal pada ShutterGrip akan menjadi ganti butang pengatup atas skrin aplikasi kamera pilihan.

Pada waktu yang sama ShutterGrip ini membolehkan telefon pintar dipegang seperti kamera kompak sebenar. Terdapat juga lubang skru untuk tripod. Akhir sekali butang ShutterGrip boleh ditanggalkan sekiranya ia ingin digunakan sebagai alat kawalan jauh kamera. Aksesori ini dijual pada harga $40 (~RM 160) sebuah dan boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.


TIPS & ULASAN