Cari @ Amanz

Pilihan enam suara baru untuk pembantu maya Google Assistant diberikan pada bulan Mei yang lalu. Pada skrin pilihan suara, kesemua nama suara disusun secara menegak dengan nama generik Voice 1 sehingga Voice 6. Pengguna di Amerika Utara mula menerima kemaskini antaramuka baru yang berasaskan warna semalam.

Pilihan suara kini adalah menerusi tatalan secara mendatar. Nama suara kini berubah kepada warna seperti merah, ungu dan hijau. Dengan penamaan baru ini, memilih suara yang ingin digunakan oleh Assistant menjadi lebih mudah. Buat masa ini antaramuka ini hanya diberikan kepada pengguna Amerika Utara yang menetapkan peranti menggunakan bahasa Inggeris Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd