Digi Bakal Hadir Dengan Pelan Internet Tanpa Had Baru Menyaingi UMobile? Serendah RM38 Sebulan?

Digi Bakal Hadir Dengan Pelan Internet Tanpa Had Baru Menyaingi UMobile? Serendah RM38 Sebulan?

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

U Mobile sebelum ini telah hadir dengan sebuah pelan tanpa had baru dinamakan Giler Unlimited. Kini, sebagai langkah persaingan sihat, Digi dilihat seperti dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah pelan baru bagi menarik pengguna ke talian mereka.

Digi Unlimited InternetDaripada beberapa persoalan yang telah mula ditanya pengguna di Digi Community, ia dilihat Digi sedang dalam persiapan untuk hadir dengan pelan internet tanpa had baru pada harga serendah RM38 sebulan. Pelan berkenaan juga dijangka menyertakan akses 3GB untuk penggunaan hotspot.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan pelan tanpa had ini hadir dengan penawaran kelajuan internet yang dihadkan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Digi dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN