Carian
OnePlus 6 Silk White Kini Boleh Didapati Secara Rasmi Di Malaysia
July 11, 2018 Fahim Zahar

OnePlus kini dilihat semakin aktif dalam memberi pengguna pelbagai pilihan warna. Untuk OnePlus 6, terdapat 5 pilihan. Mirror Black, Midnight Black, Silk White, Edisi Avengers dan juga merah.

Sewaktu dilancarkan di Malaysia – hanya variasi warna hitam sahaja yang dijual. Setelah beberapa bulan, Silk White kini boleh didapatkan secara rasminya di Malaysia.

OnePlus 6 Silk White hanya hadir dalam variasi 128GB storan dalaman dan 8GB RAM. Ia dijual pada harga yang sama iaitu RM2799. Panel belakang Silk White masih lagi kaca – cuma ia mempunyai kemasan sedikit pusam dan juga gabungan warna emas.

Tambahan lagi, menurut sumber dalaman kami – OnePlus 6 berwarna merah turut akan dijual di Malaysia secara rasmi. Tidak seperti OnePlus 5T merah, sebelum ini hanya boleh didapati set import sahaja. Walau bagaimanapun, warna merah ini hanya akan dijual jika hasil jualan Silk White memberangsangkan.

Komen