Huawei Nova 3 Disahkan Hadir Dengan Kirin 970, 6GB RAM, GPU Turbo, Dan 3D QMoji

Huawei Nova 3 Disahkan Hadir Dengan Kirin 970, 6GB RAM, GPU Turbo, Dan 3D QMoji

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Huawei menjadualkan acara pengenalan Nova 3 secara rasminya pada 18 Julai 2018 kelak. Namun, hari ini info mengenai peranti berkenaan tertiris secara rasminya melalui platform jualan Huawei, iaitu VMall.

Huawei Nova 3

Daripada penyenaraian di VMall, Huawei Nova 3 kini disahkan akan hadir dengan cip Kirin 970 – sekaligus menjadikan ia salah satu telefon pintar berkuasa tinggi, setara dengan P20 dan Mate 10.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan resolusi 2340×1080 pixel, dilengkapi rekaan skrin bertakuk, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3750mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Huawei Nova 3

Untuk rakaman gambar, Huawei Nova 3 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 24MP, sementara untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 24MP + 2MP. Seperti biasa, ia turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

Telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan GPU Turbo – sekaligus menawarkan pengalaman permainan video yang lebih lancar berbanding kebiasaan pada telefon pintar ini.

Huawei Nova 3

Menariknya juga, daripada penyenaraian VMall, ia dilihat Nova 3 akan menyertakan sokongan Animoji mereka tersendiri dinamakan 3D Qmoji. Ia sekaligus membolehkan pengguna merakamkan animasi gerakkan wajah mereka melalui telefon pintar Nova 3.

Huawei Nova 3

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi Nova 3 untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Harga jualannya juga masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar mengenainya pada acara pelancaran 18 Julai 2018 kelak.


TIPS & ULASAN