Carian
Kabel Pengecas USB93 Mempunyai Kepala Berputar Bagi Menyelesaikan Masalah Wayar Mudah Terkoyak
July 11, 2018 Effi Saharudin

Kabel pengecas ialah talian hayat yang memastikan peranti pintar di tangan dapat dicas selepas kehabisan bateri. Terdapat banyak jenis kabel pengecas di pasaran tetapi majoritinya mempunyai masalah yang sama iaitu terputus kerana dilipat berkali-kali. Ini paling jelas dapat dilihat pada kabel lighthing yang disertakan dengan setiap pembelian iPhone. Penebat luaran kabel akan terkoyak dengan mudah dalam masa kurang setahun.

Untuk insan yang bosan dengan masalah kabel terkoyak dan kemudiannya terputus, USB93 dihasilkan. Kabel pengecas ini mempunyai bahagian yang  kepala berputar yang membolehkannya digunakan secara memanjang atau dilipat ke tepi mengikut keperluan pengguna. Dengan adanya bahagian yang boleh diputarkan ini, tiada lagi masalah kabel akan terkoyak kerana terlipat ketika digunakan.

Ia kini mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dan boleh dipesan pada harga CAD 25 (~RM 77) seutas. Terdapat pilihan kepada USB-C, lightning dan mikro USB.

Komen