Carian
Sony Xperia XA2 Plus Diumumkan Dengan Skrin 18:9 Dan Pemproses Snapdragon 630
July 11, 2018 Effi Saharudin

Sony Xperia XA2 Plus dilancarkan hari ini ia adalah sebuah Xperia XA2 Ultra yang dilengkapi skrin bernisbah 18:9. Skrin masih lagi sebesar 6″ FHD+ tanpa takuk tetapi XA2 Plus adalah 6mm lebih pendek kerana mempunyai bahagian dahi serta dagu yang lebih kecil.

Spesifikasi lain ialah pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4/6 GB, storan 32/64 GB, kamera utama 23-Megapixel f/2.o, kamera hadapan 8-Megapixel f/2.4 lensa sudut lebar 120 darjah, dan bateri sebesar 3580 mAh. Ini bermakna tiada lagi sistem dwi-kamera 16+8 Megapixel seperti yang ditemui pada XA2 Ultra.

Sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0 disertakan menerusi port pengecasan USB-C. Peranti ini turut menyokong audio beresolusi tinggi dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Sony Xperia XA2 Plus ini akan mula dijual pada penghujung Ogos tetapi harga masih belum diumumkan.

Komen