Carian
Sirin Labs Melancarkan Finney – Telefon Pintar Rantaian-Blok, Dwi-Skrin Dan Snapdragon 845
July 12, 2018 Fahim Zahar

2018 dilihat adalah tahun di mana beberapa pengeluar memfokuskan penghasilan peranti dengan sistem rantaian-blok. Ini sejajar dengan trend kriptowang. Sistem rantaian-blok ini dikatakan, menawarkan sistem sekuriti dan privasi yang baik. Sirin Labs – iaitu syarikat yang berasas daripada Israel ini, dilihat hadir dengan Finney. Iaitu telefon pintar rantaian-blok dengan dwi skrin dan dijana dengan Snapdragon 845.

Finney hadir dengan memori sebanyak 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 12-megapixel f/1.8, kamera hadapan 8-megapixel f/2.2 dan turut hadir dengan skrin bertakuk 6-inci bernisbah 18:9. Untuk bateri, ia hadir dengan kapasiti sebesar 3280 mAh.

Menjadikan peranti ini lebih menarik adalah dengan kehadiran skrin kedua yang boleh dilungsur. Mekanisma seperti telah diperlihatkan oleh Oppo Find X dengan menyembunyikan sensor 3D dan juga kamera.

Telefon pintar Finney ini dihasilkan oleh Sirin Labs, yang sebelum ini hadir dengan Solarin. Solarin adalah telefon pintar mewah dengan sekuriti tinggi yang dijual pada harga $16,000 iaitu lebih kurang RM57,000 pada tahun 2016. Walau bagaimapun, pengeluaran Solarin kemudiannya dihentikan pada Mac tahun 2017.

Sirin Labs, dilihat tidak mahu mengalah dalam menghasilakan telefon pintar. Untuk menjayakan projek kali ini – Finney disasarkan akan dijual pada harga $999 (~RM4027). Ia boleh dikatakan tidak mahal, kerana ini adalah harga iPhone X sewaktu awal pelancaran.

Telefon pintar rantaian-blok baru ini menjalankan Solarin OS. Iaitu sistem operasi Androi Oreo 8.1 yang dikatakan adalah “Google Certified” dan sangat selamat. Antara ciri dalam Sirin OS ini adalah,

  • Kemampuan perkongsian fail yang selamat rakan-ke-rakan (P2P).
  • Storan kriptowang yang menyokong pelbagai jenis kriptowang.
  • Pengagihan lejar teredar.
  • Sistem pencegahan pencerobohan.
  • Butang fizikal untuk sekuriti.
  • Penyulitan komunikasi.
  • Sistem sekuriti tiga-faktor.

Sistem operasi Sirin OS ini turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka. Ini mungkin akan digunakan oleh Huawei, untuk telefon pintar rantaian-blok mereka yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Tambahan lagi, Sirin Labs turut hadir dengan komputer semua dalam satu yang menjalankan Sirin OS. Ia mungkin akan dijual pada harga $799 (~RM3221). Ia hadir dengan monitor 24-inci resolusi 2K, sistem sekuriti biometrik, 8GB RAM, storan 256GB dan WiFi 802.11ac.

Finney ini hanya akan mula dipasarkan pada November kelak. Sirin Labs buat masa ini hanya mengambil pra-tempahan dan pengguna yang minat hanya boleh beli dengan kriptowang mereka SRN.

Telefon pintar dengan sistem rantaian-blok sememangnya menjadi trend. HTC turut bakal hadir dengan Exodus – peranti rantaian-blok mereka.

Komen