WhatsApp Mengaktifkan Ciri Mengenal-Pasti Mesej Yang Di-“Forward” Untuk Semua Pengguna

WhatsApp Mengaktifkan Ciri Mengenal-Pasti Mesej Yang Di-“Forward” Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

WhatsApp telah menguji ciri melabelkan sesuatu mesej berantai atau yang di-forward sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini, ciri berkenaan telah pun mula diperkenalkan kepada semua pengguna.

WhatsApp Forward

Bermula hari ini, sekiranya anda menerima sesuatu mesej yang di-forward, WhatsApp akan memperlihatkan label “Forward” dibawah nama penghantar. Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk mengenal-pasti yang mana mesej berkenaan mungkin tidak berasal daripada seseorang penghantar tetapi daripada pihak ketiga.

Langkah ini juga sekaligus dijangka akan mengurangkan penyebaran berita dan info palsu melalui perkhidmatan permesejan berkenaan.

Bagi pengguna WhatsApp, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN