Gboard Mula Menyokong Penggunaan Kod Morse

Gboard Mula Menyokong Penggunaan Kod Morse

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Kod Morse telah digunakan sejak pertengahan kurun ke-19 bagi tujuan menghantar mesej menerusi talian telegraf. Walaupun kurang popular di zaman sekarang, kod Morse masih digunakan untuk perhubungan di antara kapal oleh tentera laut serta alat untuk membantu orang berlainan upaya (OBU) untuk berkomunikasi. Papan kekunci Gboard kini menyokong penaipan kod ini pada peranti Android dan iOS.

Apabila diaktifkan papan kekunci akan hanya mempunyai butang titik dan garis pendek kod Morse. Berdasarkan apa yang ditaip, Gboard akan turut memberikan saranan perkataan seperti menaip menggunakan papan kekunci biasa.

Sokongan kod Morse ini diberikan pada Gboard bagi membantu golongan berlainan upaya. Mereka bekerjasama dengan Tania Finlayson, seorang penghidap cerebral palsy bagi memastikan sistem yang digunakan sesuai digunakan oleh golongan OBU. Gboard dengan sokongan kod Morse boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store hari ini.


TIPS & ULASAN