YouTube Akan Memberikan Notifikasi Apabila Video Dicuri Dan Dimuat Naik Semula

YouTube Akan Memberikan Notifikasi Apabila Video Dicuri Dan Dimuat Naik Semula

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Satu masalah tentang rakyat Malaysia ialah tabiat memuat turun dan kemudian memuat naik semula video ke laman YouTube. Aneh sekali kadang kala video yang dicuri ini mendapat lebih banyak tontonan berbanding pemilik video asal. Bagi pemilik saluran yang bosan sudah bosan dengan masalah ini, YouTube akan memperkenalkan sistem baru yang memberikan notifikasi apabila ianya berlaku.

Sistem Copyright Match secara automatik mengesan video yang dimuat naik semula oleh pengguna lain. Apabila ini berlaku notifikasi akan dihantar sebelum pemilik video diberikan pilihan untuk tidak membuat apa-apa, menghubungi pihak yang mencuri atau mengarahkan YouTube untuk memadamnya. Sistem ini hanya mengesan video yang dicuri sepenuhnya dan bukan yang telah disunting. Pengguna masih perlu memberitahu YouTube secara manual sekiranya ini berlaku.

Satu kekurangan sistem ini ialah pemilik saluran perlu menjadi insan pertama yang memuat naik video bagi membuktikan hak milik. Video yang dicuri dari Facebook dan kemudian dimuat naik semula ke YouTube misalnya juga masih perlu menjalani proses laporan secara manual.

Copyright Match akan diperkenalkan kepada pemilik saluran dengan sekurang-kurangnya 100,000 langganan minggu hadapan secara berperingkat sebelum diberikan kepada kesemua pemilik di bawah payung Youtube Creators Programme. Sistem ini berbeza dengan Content ID yang diperkenalkan tahun lalu dimana pemilik asal boleh menerima duit pengiklanan menerusi video yang dimuat naik semula.


TIPS & ULASAN