Keuntungan Apple Boleh Mencecah Melebihi RM40 Bilion Dengan Realiti Gabungan
Artikel Berkaitan

Keuntungan Apple Boleh Mencecah Melebihi RM40 Bilion Dengan Realiti Gabungan

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Sejak Apple melancarkan Apple ARKit bersama dengan iOS 11, mereka dilihat terus fokus dalam arena realiti gabungan ini. Kini penganalisa menganggarkan, keuntungan Apple boleh mencecah sehingga $11 Bilion (~RM44.5 Bilion) dengan teknologi realiti gabungan.

Penganalisa Penyelidikan Ekuiti Kanan dari Bank of America Merrill Lynch, Wamsi Mohan berkata – peluang keuntungan Apple boleh mencecah dari $6 Bilion sehingga $8 Bilion. Keuntungan ini adalah hasil daripada jualan aplikasi realiti gabungan dan juga iPhone dengan teknologi realiti gabungan yang baru.

Manakala, keuntungan yang mencecah sehingga $11 Bilion (~RM44.5 Bilion) akan berlaku jika Apple menghasilkan set kepala realiti gabungan. Ini sejajar dengan laporan sebelum ini.


TIPS & ULASAN