Rekaan serta beberapa spesifikasi mengenainya telahpun tertiris lebih awal tetapi tarikh pelancaran rasminya hanya diketahui pagi ini. Xiaomi Mi Max 3, sebuah phablet berskrin gergasi akan dilancarkan pada 19 Julai ini menerusi kicauan yang dihantar oleh Donovan Sung, yang merupakan jurucakap global Xiaomi.
Mi Fans, something BIG is coming! Big screen, bigger battery. ?
Mi Max 3 is launching next Thursday on July 19. Help us spread the good news! #Xiaomi #MiMAX3 pic.twitter.com/F1p6bgD3Gr
— Donovan Sung (@donovansung) July 12, 2018
Xiaomi Mi Max 3 bakal dilengkapi skrin 6.9″ TFT 18:9 tanpa takuk, dijana pemproses 1.8 GHz, memori 3/4/6 GB, storan 32/64/128 GB, kamera utama 12-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 5400 mAh. Ini menjadikan Mi Max 3 peranti dengan skrin dan bateri sedikit besar berbanding Mi Max 2. Kepada peminat peranti gergasi, kemunculan Mi Max 3 pastinya ditunggu-tunggu.