Kerajaan Jerman Mengharamkan Penggunaan Terma “Akan Datang” Di Dalam Pra-Tempahan Dan Pra-Jualan Produk

Kerajaan Jerman Mengharamkan Penggunaan Terma “Akan Datang” Di Dalam Pra-Tempahan Dan Pra-Jualan Produk

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Apabila sesebuah syarikat hadir dengan produk ataupun perkhidmatan baru, ia adalah perkara biasa untuk mereka menggunakan terma “Akan Datang” untuk menunjukkan bahawa ia sedang berada di dalam fasa pembangunan, dan akan hadir di pasaran pengguna.

Kadang-kala. syarikat-syarikat ini juga akan menggunakan terma ini untuk pemasaran produk mereka, dan juga untuk pra-tempah ataupun pra-jualan produk-produk mereka untuk mendapatkan wang sebelum produk tersebut hadir di pasaran.

Kerajaan Jerman berpendapat bahawa terma “Akan Datang” ini tidak bagus untuk pelanggan kerana mereka tidak tahu tarikh tepat mereka akan mendapatkan produk-produk yang mereka telahpun bayar secara penuh, malah terdapat juga kebarangkalian bahawa produk-produk tersebut tidak akan hadir sama sekali.

Oleh yang demikian. kerajaan Jerman baru-baru ini telah menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang ingin membuat promosi pra-tempah ataupun pra-jualan mesti mengumumkan tarikh pengeluaran perisian ataupun produk tersebut.

Ini merupakan sebuah langkah hak pengguna yang cukup bagus sekali oleh kerajaan German kerana ini memastikan bahawa syarikat-syarikat ini faham bahawa mereka tidak boleh memberi janji manis sahaja kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk wang mereka.


TIPS & ULASAN