Huawei TalkBand B5 Hadir Sebagai Gabungan Fon Telinga Dan Gelang Tangan Pintar

Huawei TalkBand B5 Hadir Sebagai Gabungan Fon Telinga Dan Gelang Tangan Pintar

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini sedia hadir dengan beberapa generasi TalkBand – dimana seperti pada namanya, ia membolehkan anda menggunakannya sebagai gelang tangan, atau untuk berkomunikasi. Hal ini berjaya dicapai melalui penggunaan TalkBand sebagai sebuah gelang tangan pintar, atau ditanggalkan dan dipasang sebagai fon telinga.

Huawei TalkBand B5

Terkini, bersama-sama pra-tempahan untuk Nova 3 yang dibuka di China, pihak Huawei turut telah membuka pra-tempahan untuk TalkBand B5 – sekaligus memperlihatkan pelbagai ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya.

TalkBand B5 hadir dengan skrin 1.13-inci AMOLED, dilengkapi memori 512KB dan storan 16MB. Peranti ini dikatakan menawarkan penggunaan selama tiga hari melaluinya.

Huawei TalkBand B5

Dengan penggunaan sebagai gelang tangan, ia juga hadir dengan sejumlah sokongan kecergasan, ciri kalis air, selain ciri tambahan seperti memantau kualiti tidur dan sebagainya.

Buat masa ini, ia hanya dibuka untuk pra-tempahan di China sahaja. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN