Huawei hari ini telah melancarkan dua tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu MediaPad M5 dan juga MediaPad M5 Pro.
Huawei MediaPad M5 hadir dengan skrin 8.4-inci, dijana menggunakan cip Kirin 960, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-speaker, dan bateri berkapasiti 5100mAh.
Huawei MediaPad M5 Pro pula hadir dengan skrin 10.8-inci, dijana cip Kirin 960, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia hadir dengan sokongan empat speaker, dan dilengkapi bateri berkapasiti 7500mAh.
Kedua-dua tablet ini hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel, selain kamera belakang 13-megapixel. Dengan penawaran spesifikasi tinggi, Huawei turut memfokuskan penawaran tablet ini untuk digunakan bagi tujuan permua (permainan mudah-alih). Disamping itu, ia juga hadir dengan mod desktop khusus untuk digunakan bersama papan kekunci, selain turut menyokong input melalui stylus.
Di Malaysia, Huawei MediaPad M5 akan dijual bermula 13 Julai pada harga RM1499. Huawei MediaPad M5 Pro pula dijual bermula 25 Julai pada harga RM1899.
Huawei turut menawarkan alat kawalan jauh nirwayar percuma bersama pembelian MediaPad M5, selain menawarkan flip-cover bersama pembelian MediaPad M5 Pro. Pengguna turut diberikan akses Viu selama 6 bulan secara percuma dengan pembelian tablet ini.