Cari @ Amanz

Masalah kerentanan Spectre terus menghantui Intel, walaupun syarikat pembuat cip pemproses tersebut dilihat berusaha dengan keras untuk memastikan bahawa kerentanan-kerentanan tersebut dihapuskan.

Variasi terbaru Spectre tersebut dikatakan telah dijumpai oleh penyelidik sekuriti Vladimir Kiriansky and Carl Waldspurger, yang menyatakan bahawa cara kerentanan ini berfungsi adalah cukup rumit sekali.

Untuk memudahkan penjelasan, komputer yang terkesan dengan kerentanan Spectre terbaru ini membolehkan penggodam untuk mengakses maklumat-maklumat yang terkandung di dalam ruang maklumat terlindung, dan melihat maklumat-maklumat tersebut sebagai teks biasa.

Apa yang menggerunkan mengenai kerentanan ini ialah penggodam bukan sahaja boleh melihat kata laluan, tetapi juga kunci kriptografi dan pelbagai lagi maklumat yang sepatutnya sulit.

Intel berkata bahawa mereka sedar akan kerentanan ini, dan sedang bekerja keras untuk memastikan bahawa ia diperbaiki secepat mungkin. Intel juga menyatakan bahawa mereka akan hadir dengan kemaskini kod mikro secara komprehensif setiap suku sehingga kerentanan-kerentanan tersebut diperbaiki sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd