Xiaomi Redmi Note 5 Tidak Boleh Diturun Taraf Jika Sudah Dinaik Taraf

Xiaomi Redmi Note 5 Tidak Boleh Diturun Taraf Jika Sudah Dinaik Taraf

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Xiaomi Redmi Note 5 adalah telefon pintar kelas pertengahan daripada Xiaomi. Ia dijana dengan Snapdragon 636 dan mempunyai dwi-kamera dengan sokongan mod potret yang baik.

Hari ini, melalui forum rasmi Xiaomi – Redmi Note 5 tidak boleh diturun taraf jika pengguna sudah menaik taraf kepada ROM awam MIUI 10 8.7.5 atau yang lebih terkini. Ini adalah bagi menjamin keselamatan dan kestabilan peranti.

Xiaomi turut memberi amaran untuk tidak cuba menurun taraf ke ROM lama kerana, peranti pengguna boleh brick, tidak stabil atau terus tidak berfungsi. Oleh itu, jika anda ingin menjalankan MIUI 10 terkini pada Redmi Note 5 – fikir dahulu, jika anda ingin teruskan ataupun tidak.


TIPS & ULASAN