Pelan Unifi Basic 30Mbps Baru Diumumkan – RM79 Sebulan Dengan 60GB Kuota Data

Pelan Unifi Basic 30Mbps Baru Diumumkan – RM79 Sebulan Dengan 60GB Kuota Data

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan pelan Unifi baru, dinamakan sebagai Unifi Basic. Pelan ini ditujukan secara eksklusif kepada pengguna isi rumah dengan pendapatan kurang RM4500.

Unifi Basic Plan

Pelan Unifi Basic ini hanya menawarkan akses kepada internet sahaja, pada kelajuan mencapai 30Mbps, dan diterhadkan kepada penggunaan 60GB kuota data setiap bulan.

Pendaftaran Unifi Basic ini boleh dilakukan bermula 15 Ogos 2018 kelak melalui laman rasmi Telekom Malaysia. TM mengatakan mereka akan menetapkan beberapa kriteria dan akan berkongsi melalui laman rasmi TM tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN