Pelanggan Streamyx Akan Dinaik-Taraf Ke Unifi, Atau Menerima 2x Ganda Kelajuan Internet

Pelanggan Streamyx Akan Dinaik-Taraf Ke Unifi, Atau Menerima 2x Ganda Kelajuan Internet

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Dengan pelbagai penawaran produk Unifi, salah satu kategori pelanggan yang sering dilupakan sebelum ini adalah pelanggan Streamyx. Berkongsi mengenainya hari ini, Telekom Malaysia mengumumkan yang mana pelanggan Streamyx akan turut menerima naik-taraf kepada perkhidmatan mereka.

Menurut Telekom Malaysia, bermula 15 Julai 2018 kelak, pengguna Streamyx boleh menyemak status langganan mereka, dan seterusnya membuat permohonan untuk naik-taraf ke Unifi.

Streamyx Ke Unifi

Telekom Malaysia mengatakan sekitar 340,000 akan menerima naik-taraf ke Unifi. Sementara sekiranya lokasi mereka tidak disokong dengan Unifi, mereka akan menerima naik-taraf kepada dua kali ganda kelajuan berbanding sedia ada.

Seperti biasa, pelbagai proses naik taraf ini akan tertakluk kepada sokongan teknikal dan sebagainya.

Pengguna Streamyx boleh menandakan kalendar anda 15 Julai 2018 ini untuk menyemak dan membuat tempahan naik-taraf ke Unifi melalui laman rasmi TM.


TIPS & ULASAN