Elysium Lebih Dari Sekadar Audio – Kini Membawakan Papan Kekunci Mekanikal

Elysium Lebih Dari Sekadar Audio – Kini Membawakan Papan Kekunci Mekanikal

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Elysium merupakan siri peranti-peranti dari Leapfrog yang tampil dengan corak dan kemasan yang tampak premium. Dari segi rekaan, ia mempunyai tema rekaan yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan siri lain seperti Armaggeddon dan juga Albatross. Pada pengumuman tahun ini, mereka telah menampilkan 2 ahli baru dalam siri Elysium, iaitu dua fon kepala dengan Bluetooth 5.0 dan juga papan kekunci mekanikal.

Elysium Signature HyperBass

Fon kepala dengan rekaan over-ear ini dihasilkan dalam kemasan dwi-tona yang membezakan antara badannya dan juga span yang terdapat pada peranti ini. Pengguna boleh menghubungkan fon kepala ini secara bluetooth, dengan waktu pengoperasian sehingga 20 jam meskipun tahap bunyi peranti ini digunakan secara terus-menerus pada tahap 70%. Sesuai dengan namanya, kualiti bass dilihat sedikit berlebihan namun ini pastinya bakal memikan pengguna yang lebih sukakan mendengar bass berlebihan

Elysium Dot By Lofree

Satu kejutan dari Elysium adalah apabila mereka mengetengahkan papan kekunci sebagai ahli baru. Malah lebih dari itu, papan kekunci yang ditawarkan mereka menggunakan set kekunci mekanikal yang lebih digemari pengguna. Jadi bagi mereka yang inginkan papan kekunci mekanikal namun seringkali terpaksa membatalkan niat kerana harganya, Leapfrog berhasrat untuk membawa aksesori ini ke pasaran tempatan pada harga dibawah RM 160.


TIPS & ULASAN