Cari @ Amanz

Xiaomi Sepanyol kini dilihat sedang dalam persiapan untuk sebuah acara peringkat global baru, dijadualkan pada 24 Julai kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui peranti apakah yang bakal diumumkan. Namun, mengikut pelbagai desas-desus akhir-akhir ini, ia dilihat berkemungkinan Mi A2 akan dilancarkan pada tarikh berkenaan.

Xiaomi 24 Julai

Seperti ramai sedia maklum, Mi A2 dijangka adalah variasi Xiaomi Mi 6X dengan penggunaan antaramuka asli Android. Ia telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia, dimana ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 660 dan hadir dengan memori 6GB RAM. Mi A2 juga dijangka hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 20MP.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai pelancaran ini daripada Xiaomi dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd