Siri Komputer Desktop Lenovo ThinkStation P330 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Khusus Untuk Tugasan Perindustrian

Siri Komputer Desktop Lenovo ThinkStation P330 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Khusus Untuk Tugasan Perindustrian

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Komputer workstation biasanya digunakan oleh profesional-profesional yang melakukan tugasan rekaan kreatif dan perindustrian yang memerlukan kuasa pemprosesan komputer dan grafik yang cukup berkuasa.

Lenovo hari ini mengumumkan ketibaan siri desktop Lenovo ThinkStation P330 yang mempunyai spesifikasi yang cukup berkuasa untuk tugasan pejabat, disamping rekaan berbeza yang sesuai dengan konfigurasi pejabat yang berbeza.

Siri desktop ThinkStation P330 ini hadir dengan tiga rekaan rangka yang berbeza, termasuklah Desktop Tower, Small Form Factor (SFF) dan Mini. Kesemua rekaan ini membolehkan pengguna melakukan tugasan-tugasan rekaan mereka tidak kira jumlah luas permukaan meja mereka dengan komputer ini.

Dari segi spesifikasi, komputer ini dilengkapi dengan pilihan CPU siri Intel Core dan Intel Xeon-E generasi kelapan, sokongan memori DDR4 sehingga 64GB, dan juga kebolehan untuk menggunakan dua SSD PCIe NVMe yang boleh dipasang terus di atas papan induk. Jika anda ingin menggunakan storan cakera keras, workstation P330 ini juga dilengkapi dengan module Intel Optane yang boleh mempercepatkan kadar penghantaran data storan tersebut.

Dari segi grafik pula, ThinkStation P330 ini hadir dengan dua pilihan GPU. Desktop bersaiz Tower hadir dengan kad grafik NVIDIA Quadro P4000, manakala ThinkStation P330 bersaiz SFF dan Mini pula dilengkapi dengan GPU NVIDIA Quadro P620

Lenovo Malaysia berkata bahawa siri workstation Lenovo ThinkStation P330 ini akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, dan akan mengumumkan harga pasarannya di masa akan datang.


TIPS & ULASAN