Risalah Promosi Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menunjukkan Rekaan Panel Belakang Dan Stylus

Risalah Promosi Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menunjukkan Rekaan Panel Belakang Dan Stylus

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 akan dilancarkan di New York pada 9 Ogos hadapan. Seperti biasa imej pengolokan dan spesifikasi peranti akan mula tertiris semakin hampir ke tarikh pelancarannya. Hari ini gambar risalah promosi phablet ini telah tertiris menunjukkan rekaan bahagian belakang dan stylus.

Dari apa yang dapat dilihat ia mengesahkan pengimbas cap jari kini terletak pada bahagian bawah dwi-kamera utama. Ia berbentuk empat segi dan berbeza dengan bentuk wujud pada Galaxy S9. Stylus di dalam gambar berwarna kuning tetapi tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara dengan yang ditemui pada Note 8. Dari maklumat yang tertiris menerusi FCC, stylus baru ini mempunyai sokongan bluetooth.

Lebih banyak maklumat mula pasti akan tertiris di minggu mendatang. Persoalannya ialah adalah Note 9 benar sebuah adi-phablet seperti yang tertera pada risalah di atas,


TIPS & ULASAN