Cari @ Amanz

OnePlus 6 Silk White baru sahaja mula dijual di Malaysia secara rasmi semalam. Kini OnePlus Malaysia, menerbit poster di Facebook rasmi mereka – OnePlus 6 berwarna merah turut akan hadir ke pasaran tempatan.

Telefon pintar terbaru OnePlus ini akan hadir dalam variasi 128GB storan dalaman dan 8GB RAM. Ia dijana Snapdragon 845 dan turut masih mengekalkan bicu audio.

Menurut sumber kami, ia akan hadir seawal minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan OnePlus 6 merah yang menyala ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd