Cari @ Amanz

Sejak dilancarkan, Apple mempunyai perjanjian dengan syarikat telekomunikasi untuk menawarkan iPhone pada harga yang lebih murah. Pengguna kemudian diikat dengan kontrak yang agak panjang oleh syarikat telekomunikasi bagi menampung semula kos harga peranti. Amalan ini tidak lagi dibenarkan di Jepun selepas arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun.

Menerusi arahan ini, NTT Docomo, KDDI dan Softbank akan mula menawarkan iPhone pada harga asal tetapi dengan pelan bulanan yang lebih murah di samping pelan sedia ada. Menurut Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun, harga iPhone yang disubsidi tetapi dipadankan dengan pelan bulanan yang mahal adil kepada pengguna kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Penjualan iPhone pada harga yang disubsidi ini ialah antara faktor mengapa Apple mempunyai pegangan 50% pasaran telefon pintar di Jepun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd