Apple Mengemaskini MacBook Pro Dengan Prestasi Lebih Pantas – Harga Bermula RM7499

Apple Mengemaskini MacBook Pro Dengan Prestasi Lebih Pantas – Harga Bermula RM7499

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Apple hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan kemaskini untuk keluarga komputer riba mereka, MacBook Pro. Keluarga MacBook Pro ini kini hadir dengan kemaskini cip pemprosesan baru yang lebih berkuasa, menawarkan memori sehingga 32GB, dan sokongan storan sehingga 4TB.

MacBook Pro merupakan komputer riba yang sering digunakan ramai untuk melakukan tugasan berkuasa – terutamanya berkaitan multimedia. Apple mengatakan melalui cip Intel Core generasi ke-8 dengan enam teras ini, ia menawarkan prestasi lebih 70% berbanding generasi MacBook Pro 15-inci sebelum ini – sementara untuk model 13-inci, ia menawarkan prestasi berganda berbanding sebelumnya.

MacBook Pro

Disamping itu, kini ia turut hadir dengan paparan Retina dilengkapi sokongan True Tone – sekaligus menawarkan paparan yang lebih jelas, dan selari dengan Touch Bar.

Apple juga menambah cip Apple T2 pada komputer riba untuk untuk sekuriti yang lebih baik, dan sokongan “Hey Siri” pada Mac. Apple turut mengatakan papan kekunci baru ini beroperasi dengan lebih senyap berbanding generasi sebelumnya, selain hadir dengan penawaran penggunaan bateri sepanjang hari.

Di Malaysia, Apple MacBook Pro baru ini akan dijual pada harga bermula RM7499 untuk model 13-inci dengan Touch Bar, atau RM9999 untuk model 15-inci dengan Touch Bar.

MacBook Pro 13-inci

  • Intel Core i5/i7
  • Intel Iris Plus Integrated Graphics 655 + 128MB eDRAM
  • Sehingga 2TB SSD
  • Teknologi Paparan True Tone
  • Cip Apple T2 untuk Hey Siri dan sekuriti
  • Touch Bar dan Touch ID
  • Harga bermula RM7499

MacBook Pro 15-inci

  • Intel Core i7/i9
  • Radeon Pro
  • Sehingga 4TB SSD
  • Memori sehingga 32GB DDR4
  • Teknologi Paparan True Tone
  • Cip Apple T2 untuk Hey Siri dan sekuriti
  • Touch Bar dan Touch ID
  • Harga bermula RM9999

TIPS & ULASAN