Cari @ Amanz

Honor merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Terkini, Honor mengumumkan yang mana pada tahun ini jenama mereka memperlihatkan pertumbuhan lebih 150% dari segi angka jualan berbanding pada tahun lepas pada peringkat global.

Berkongsi sama, Honor mengatakan yang mana Honor 10 telah terjual lebih 3 juta unit sejak ia dilancarkan. Honor 10 juga dikatakan telah memecah rekod untuk jualan telefon melalui platform Shopee.

Honor 10 merupakan telefon pintar berkuasa dengan skrin 5.84-inci, dijana cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang 24MP + 16MP, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Di Malaysia, Honor 10 dijual pada harga RM1699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd