Gartner – Jualan Komputer Peribadi Meningkat Pada Suku Kedua 2018 Dengan Lenovo Di Tangga Teratas

Gartner – Jualan Komputer Peribadi Meningkat Pada Suku Kedua 2018 Dengan Lenovo Di Tangga Teratas

Diterbitkan pada July 13, 2018 oleh .

Frasa yang sering didengari kami ialah kita kini hidup di dunia pasca PC. Jualan telefon pintar yang mendadak naik menyebabkan semakin kurang pengguna memiliki komputer peribadi (PC). Menurut laporan terkini Gartner, jualan PC meningkat buat kali pertama dalam masa enam tahun pada suku kedua 2018.

Jualan meningkat sebanyak 1.4% berbanding suku yang sama tahun 2017. Lenovo mencatatkan jualan tertinggi 13.6 juta unit yang bersamaan dengan 21.9% pasaran. Ini diikuti pula oleh HP (21.9%), Dell (16.8%), Apple (7.1%) dan Acer (6.4%).

Peningkatan jualan adalah dipacu oleh pembelian oleh pasaran perniagaan yang menaiktaraf PC untuk menggunakan Windows 10. Gartner meramalkan jualan akan turun semula dalam masa dua tahun selepas proses penaiktarafan ini selesai.


TIPS & ULASAN