Carian
Apple Dituduh Melanggar Paten Pengecaman Suara Yang Digunakan Siri
July 13, 2018 Fahim Zahar

Apple dan perlanggaran paten berpisah tiada. Semalam baru sahaja kami laporkan di mana Apple di saman kerana melanggar paten ciri “Do Not Disturb While Driving”. Terbaru, Apple di tuduh melanggar paten yang melibatkan pengecaman suara Siri.

Dilaporkan oleh Patently Apple, Advanced Voice Recognition Systems (AVRS) menegaskan di mana fungsi pengecaman suara Siri dalam produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, HomePod, sistem operasi WatchOS, MacOS, tvOS dan iOS melanggar paten mereka.

Menurut AVRS, Apple telah pun sedar akan perlanggaran paten ini sejak tahun 2013. Oleh itu, mereka meminta Apple untuk membayar royalti.

Komen