Cari @ Amanz

Telekom Malaysia semalam telah berkongsi perancangan mereka untuk menawarkan akses internet berkelajuan tinggi – mencapai sehingga 800Mbps. Ia akan ditawarkan dalam bentuk naik-taraf percuma kepada pelanggan sedia ada secara berperingkat dalam beberapa bulan lagi.

Selari dengannya, pihak TIME Internet yang sebelum ini menerajui akses internet yang berkelajuan tinggi di Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak Telekom Malaysia untuk pengumuman berkaitan – sekaligus meningkatkan kelajuan internet di Malaysia.

Pada masa yang sama, TIME seperti memberikan petanda mereka bakal hadir dengan pengumuman baru tidak lama lagi – dan mungkin menawarkan akses internet yang lebih pantas lagi kepada pelanggan mereka. Pada hari ini, TIME menawarkan akses internet dengan kelajuan mencapai 500Mbps pada harga RM299.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan daripada TIME Internet dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd